Homepage
11 Januari 2021 2026-04-01 11:30Homepage
Berkembang dengan BIJAK
pada masa yang sama mewujudkan impak sosial yang positif dengan meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka.
PLATFORM KHAS
Untuk memperkasa kemahiran jahitan komuniti dimana saja berada hanya dihujung jari yang bertunjangkan INOVASI
⭐⭐⭐⭐⭐ Lebih 500+ Pelajar
IMPAK Positif Kami
Merevolusikan sistem pendidikan berasaskan kemahiran yang menggunakan inovasi sebagai tunjang utama
KOMUNITI B40 BERKEMAHIRAN
TENAGA PENGAJAR KOMUNITI
PRODUK KOMUNITI
KELAS ONLINE DAN OFFLINE BERSEPADU
PENJANAAN PENDAPATAN
CIPTAAN PELUANG PEKERJAAN
Perusahaan Sosial
Inisiatif KREASI merupakan sebuah perusahaan sosial Malaysia yang membangunkan inovasi kraf dan fesyen sambil mewujudkan peluang pendapatan bagi komuniti B40.Kami menghasilkan inovasi kraf berinspirasikan warisan Malaysia seperti Batu Seremban Edisi Makanan, beg eko, aksesori buatan tangan, dan alat inovasi jahitan. Magic Ruler by Athirah.
Sebagai sebuah perusahaan sosial yang dipacu matlamat, kami komited untuk Menyemarakkan Daya Tahan, Pemerkasaan & Impak Sosial. melalui pertukangan kreatif, inovasi tempatan dan pembangunan komuniti. Misi kami adalah untuk membina kemahiran, meningkatkan pendapatan komuniti, dan memelihara warisan kraf Malaysia. melalui reka bentuk yang moden, bermakna dan memberikan impak sosial.
MEMPERKASA
KEMAHIRAN KOMUNITI
- Kemahiran berteraskan Inovasi sebagai tunjang utama untuk memperkasakan komuniti yang layak
BIMBINGAN
TENAGA MAHIR YANG BERPENGALAMAN
- Bimbingan daripada tenaga mahir yang terlatih dan mahir dalam bidang kemahiran
PELUANG
PEKERJAAN
- Membantu meningkatkan pendapatan komuniti marginal serta mengurangkan kemiskinan di negara ini dengan memberi peluang pekerjaan
SIJIL PENYERTAAN
DISEDIAKAN
- Peserta akan diberi sijil penyertaan selepas tamat latihan ini
KREASI Initiative Target Group ?
Inisiatif KREASI bermatlamat untuk mendekati dan memperkasakan ‘Generasi Seterusnya’ dalam komuniti Malaysia, terutamanya mereka yang memerlukan. Melalui inisiatif ini, kami berusaha untuk menyediakan peluang bagi pertumbuhan dan pembangunan, bagi memastikan individu daripada pelbagai latar belakang mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina masa depan yang lebih cerah.
KOMUNITI B40
- Ibu tunggal / ayah tunggal
- Pendapatan isi rumah kurang daripada RM 3,500 sebulan
TUKANG JAHIT
- Tukang Jahit
- Penggemar kemahiran jahitan tangan
ORANG KURANG UPAYA
- Individu yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan
BELIA
- Pelajar yang keciciran akademi
- Penganggur
Ciri-Ciri Pendekatan Holistik Kami
Terapan pembelajaran holistik yang bertujuan melahirkan masyarakat yang maju dan berjaya
Kami menyediakan latihan kemahiran tangan seperti jahitan untuk memperkasakan benefisiari kami tidak kira dimana berada secara online dan offline. Untuk melahirkan benefisiari kami yang berkualiti kami memberi pensijilan yang komprehensif dengan kemahiran yang diperlukan untuk mencipta produk berkualiti tinggi.
LATIHAN KEUSAHAWANAN
Inisiatif KREASI menyediakan latihan KEUSAHAWANAN ASAS bagi memastikan persediaan rapi mereka untuk menguruskan perniagaan dengan berkesan. Latihan ini melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mengendalikan pengurusan perniagaan dengan tepat dan berkualiti, seterusnya meletakkan asas yang kukuh untuk perjalanan keusahawanan mereka dengan cara yang betul dan bermutu.
PELUANG PEKERJAAN
Kami juga menyediakan pendedahan berharga kepada mereka yang layak, bagi membolehkan mereka meningkatkan kemahiran dan memperoleh pengalaman praktikal sebagai pelatih terlatih. Di samping itu, peluang pekerjaan yang kami wujudkan untuk mereka dalam komuniti termasuklah peranan sebagai tenaga pengajar komuniti, yang menawarkan laluan untuk pertumbuhan profesional dan sumbangan berterusan.
JUALAN DAN PEMASARAN
Kami membantu penerima manfaat kami mendekati pelanggan dan mendapatkan pesanan melalui platform E-DAGANG mykreasi. Selain itu, kami memanfaatkan kepakaran kami dalam pemasaran untuk meningkatkan keterlihatan mereka. Tambahan lagi, kami memastikan operasi perniagaan mereka berjalan lancar, mengekalkan aliran yang konsisten dan membantu mereka mencapai kejayaan jangka panjang.
PENDAPATAN MAMPAN
Visi dan misi kami sejajar dengan matlamat utama kami untuk membantu penerima manfaat memperoleh sumber pendapatan yang stabil. Dengan berbuat demikian, kami menyasarkan untuk memastikan mereka dapat mencapai kestabilan dan kemampanan kewangan jangka panjang. Akhir sekali, usaha kami ditumpukan kepada memperkasakan individu untuk membina masa depan yang selamat bagi diri mereka dan keluarga mereka.
Impak Sosial Yang Selari Dengan Matlamat Dari
"Sustainable Development Goals" (SDG) :

SDG 1
Memperkasakan komuniti B40 melalui kemahiran menjana pendapatan.

SDG 4
Menyediakan pendidikan kreatif yang mudah diakses oleh semua.

SDG 8
Menyokong pekerjaan yang wajar dan keusahawanan mikro.

SDG 12
Promosikan pengeluaran buatan tangan yang mampan.
Soalan Lazim :
Bagaimana menjadi Ahli MyKreasi ?
Anda boleh mendaftar sebagai ahli MyKreasi secara PERCUMA.
dan melanggan kelas kemahiran yang dikehendaki.
Jika anda dari golongan B40 komuniti,
Anda boleh mendaftar sebagai peserta Komuniti MyKreasi.
sekiranya anda menepati syarat yang dikehendaki.
Dimanakah saya harus mendaftar jika saya Kategori B40 komuniti?
- Mendaftar sebagai pelajar di bahagian menu Pendaftaran Komuniti B40 MyKreasi.
- Boleh bermula dengan kelas jahitan PERCUMA disediakan untuk anda memahami kelas yang ditawarkan oleh bimbingan tenaga pengajar yang mahir.
Bagaimana saya hendak bermula?
- Daftar sebagai pelajar MyKreasi.
- Boleh bermula dengan kelas jahitan PERCUMA disediakan untuk anda memahami kelas yang ditawarkan oleh bimbingan tenaga pengajar yang mahir.
- Pastikan anda memberi fokus yang tinggi semasa menyertai kelas jahitan yang dipilih.
Apa yang perlu saya sediakan?
- Mempunyai akses rangkaian internet yang bersesuaian dengan keadaan anda.
- Sediakan azam diri yang kuat serta minat yang tinggi untuk mendalami ilmu kemahiran.
Apakah ada bantuan yang diberikan kepada Pelajar dari B40 Komuniti?
- YA, kami ada menyediakan bantuan kepada B40 komuniti yang ingin belajar kemahiran mengikut kelayakkan yang telah ditetapkan.
Bagaimana untuk menjadi tenaga pengajar?
- Anda boleh mendaftar sebagai Tenaga pengajar diruang menu “Tentang kami” mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
- Anda berpeluang menjadi tenaga pengajar kami setelah anda tamat menjadi pelajar kami mengikut kelayakkan yang telah ditetapkan.
Apakah hanya ada kelas kemahiran tangan sahaja?
- TIDAK, kami juga menyediakan kelas keusahawanan dengan harga mampu milik.
Does MyKreasi have a training center ?
- Ya, ada
- Go to RuangKreasi located in Shah Alam, Selangor.
- Anda boleh google map lokasi kami.
- Our RuangKreasi training center is close to public transport, Kampung Selamat MRT
Media Features :








Our Corporate Clients :









Apa kata MyKreasi Komuniti Kami ?
From Innovation to Community
Kami mengubah kreativiti kepada impak. Melalui inovasi kraf kami, daripada menghidupkan semula warisan Batu Seremban sehinggalah kepada rekaan Beg Tot Eko boleh lipat.
Kami memperkasakan artisan tempatan dan komuniti B40 untuk mengubah kemahiran tradisional kepada mata pencarian yang mampan. Setiap produk membawa kisah inovasi, budaya, dan pertumbuhan komuniti.
Recognitions
PATTERN DRAFTING D'ATHIRAH MAGIC RULER has received many recognitions such as:
Bersama-sama membantu meningkatkan kemahiran diri dalam pelbagai bidang.

