Innovation Product
21 Februari 2024 2026-02-11 12:55Innovation Product
INOVASI KAMI
MAGIC RULER oleh ATHIRAH merupakan alat inovasi yang dicipta khas oleh pengasas kami, Puan Nur 'Atirah Razali. Selain itu, pembaris ini juga dikenali sebagai Pembaris Pola Ajaib (Magic Pattern Ruler). Ia direka khusus untuk memudahkan individu melukis pola badan dengan cepat dan mudah tanpa perlu pening memikirkan pengiraan formula atau menggunakan pelbagai peralatan lain. Produk ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan lebih tahan lama berbanding pembaris biasa yang terdapat di pasaran.
Golongan seperti suri rumah sepenuh masa, pelajar reka bentuk fesyen, dan tukang jahit kecil-kecilan boleh mendapat manfaat daripada pembaris ini dengan meningkatkan kualiti pengeluaran serta menjana pendapatan tambahan. Magic Ruler juga sesuai digunakan oleh Orang Kurang Upaya (OKU) dan pelajar di sekolah pendidikan khas, terutamanya kanak-kanak yang mempunyai kebolehan pembelajaran yang lebih perlahan.
Syarikat kami juga menawarkan Perkhidmatan Latihan seperti bengkel, bimbingan, dan perundingan untuk memupuk inovasi serta kreativiti dalam kalangan individu atau pasukan bagi memastikan minat yang berterusan dalam pembangunan kemahiran. Dengan memanfaatkan kelebihan produk inovatif ini, kami kekal komited terhadap kelestarian komuniti melalui fokus kepada pembentukan Perusahaan Sosial yang dipanggil Inisiatif KREASI. Inovasi ini juga telah berjaya mendapat
Hak Harta Intelek / Intellectual Property (IP) di MALAYSIA dan INDONESIA.
Pencapaian Kami
Anugerah & pengiktirafan dari pelbagai agensi kepada Inovasi kami.
2024
Winner of the Social Entrepreneur Award Malaysian Commercialization Year 2024
2021-2022
Top 10 Finalis SAY ASPIRE 3rd Edition
2021
Johan Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta (IRC) 2021 - PERKESO
2019
Pemenang Superb 2019 - TERAJU
2018
Pemenang Emas Anugerah Harta Intelek Negara 2018 Kategori Reka Bentuk Perindustrian - MyIPO
2018
Hadiah Penghargaan Kategori Sektor Swasta - Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2018
2016
Johan Kategori Awam Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif 2016 - Yayasan Inovasi Malaysia