Kelas Tie & Dye Sesi 4 RuangKreasi (Modul 4: Proses Akhir Tie & Dye)
Tentang Kelas ini
Tie dye merupakan teknik pencelupan fabrik menggunakan bahan pewarna bagi menghasilkan corak yang khusus dan menarik. Nama tie dye berasal daripada perkataan Inggeris iaitu ‘tie’ yang bermaksud ikat, dan ‘dye’ yang bermaksud pewarna. Seiring dengan namanya, tie dye dihasilkan dengan membuat ikatan pada fabrik menggunakan tali atau getah sebelum menyapu bahan pewarna. Bahagian fabrik yang dilitupi oleh tali atau getah tersebut tidak akan terkena warna, sekaligus menghasilkan pelbagai corak yang unik.
Dalam RuangKreasi Sesi 4: Kelas Tie & Dye (Modul 4: Proses Akhir Tie & Dye) ini, anda akan mempelajari cara untuk mematikan warna pewarna selepas fabrik yang diwarnakan itu kering. Modul ini hanya mempunyai satu sub-modul sahaja iaitu:
- Proses Mematikan Warna Pewarna.
Objektif Pembelajaran
Bahan Disediakan
- Pewarna Fabrik
- Soda Ash
- Kayu Aiskrim
- Getah
- Lidi
- Kain Belacu
Keperluan
- Sila rekod gambar dan video untuk setiap proses bagi memudahkan tenaga pengajar untuk menyemak hasil kerja anda
Pelajar Sasaran
- Komuniti RuangKreasi Batch 4 Kategori Tie & Dye
Kokurikulum
Kelas Tie & Dye (Modul 4 : Proses Akhir Tie & Dye)
Sub-Modul 4.1 Proses Mematikan Warna Dye00:00:00
Latihan Sub-Modul 4.1 Proses Mematikan Warna Dye
Certificate of Participation Provided
Sertai kelas ini dan dapatkan sijil penyertaan secara dalam talian.