Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Modul 2.1 Bunga Poppy
2. Modul 2.2 Bunga Raya
Butiran Aktiviti : Pada hari kedua minggu pertama bengkel Fuzzy Wire Art bersama Cikgu Fatin, sesi pada hari Khamis ini memberi fokus kepada Modul 2 iaitu penghasilan bunga Poppy dan bunga Raya. Bunga Poppy, atau dikenali juga sebagai bunga Madat, merupakan sejenis tumbuhan herba yang digunakan untuk tujuan perubatan dan makanan, namun kini lebih banyak dijadikan tanaman hiasan kerana bentuk serta warnanya yang cantik dan menarik. Bunga kedua yang dipelajari dalam sesi ini ialah bunga Raya atau bunga Hibiscus, iaitu bunga kebangsaan Malaysia yang terkenal dengan keindahan kelopak merahnya yang sangat menawan.