Sulaman Tangan Asas RuangKreasi
Tentang Kelas ini
Kelas Sulaman Tangan Asas RuangKreasi merupakan peluang yang baik untuk komuniti RuangKreasi yang ingin mempelajari seni sulaman tangan yang tidak lapuk dek zaman. Dalam kelas ini, peserta akan diperkenalkan dengan teknik-teknik asas sulaman, daripada jahitan mudah hingga corak kreatif, yang membolehkan mereka menghasilkan rekaan yang cantik dan peribadi. Pengalaman praktikal ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran motor halus, malah memberikan rasa kepuasan apabila hasil rekaan berjaya dihasilkan menggunakan jarum dan benang. Dengan bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman, peserta akan lebih yakin untuk menghasilkan karya sulaman tangan yang lebih rumit dan mempunyai sentuhan unik tersendiri.
Objektif Pembelajaran
1. Running Stitch
2. Back Stitch
3. Stem Stitch
4. Split Stitch
5. Buttonhole Stitch
6. Cross Stitch
7. Chain Stitch
8. French Knots
9. Herringbone Stitch
10. Satin Stitch
11. Feather Stitch
12. Chevron Stitch
13. Lazy Daisy
Keperluan
- Sila ambil dan hantar gambar hasil sulaman tangan bunga anda (satu atau dua keping) serta gambar anda bersama hasil sulaman bunga tersebut (satu atau dua keping) untuk penilaian oleh tenaga pengajar RuangKreasi dan bagi meneruskan ke modul seterusnya.
Pelajar Sasaran
- Kategori Sulaman Tangan Komuniti RuangKreasi
Kokurikulum
13 Bahagian






