Baju Kurung Kedah

Komuniti : Orang Awam, RuangKreasi

Date : 26/10/2024

Lokasi :
RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Objektif Aktiviti :
1. Menjahit kain mengikut pola yang telah dilakar.
2. Menjahit dan menyiapkan Baju Kurung Kedah.

IMG_8124
IMG_8126
IMG_8131
IMG_8135
IMG_8138
IMG_8140
IMG_8144

Butiran Aktiviti :
Hari kedua bermula pada jam 10:00 pagi dengan kehadiran Puan Aisyah yang datang dengan penuh semangat untuk menyiapkan Baju Kurung Kedah. Pertama sekali, Puan Aisyah perlu menjahit kain mengikut pola yang telah ditetapkan seperti bahagian lengan, leher, badan (bahagian atas), dan bahagian bawah baju. Pada bahagian leher, terdapat teknik khas daripada Cikgu Mai iaitu dengan melukis pola leher pada kertas gam atau soft interfacing. Kemudian, kertas tersebut dilekatkan pada kain badan sebelum dijahit mengikut bentuk leher. Selepas itu, lubang leher dipotong mengikut pola yang telah dibuat. Untuk bahagian bawah, Puan Aisyah menjahit kain mengikut teknik “Kain Lipat Batik” yang merupakan salah satu ciri khas Baju Kurung Kedah. Akhir sekali, bagi kemasan, Puan Aisyah menjahit sembat pada bahagian leher menggunakan teknik silang pangkah, serta memasang butang dan cangkuk butang. Pada bahagian bawah pula, jahitan cangkuk dan mata (hook and eye) turut dipasang. Akhirnya, Baju Kurung Kedah berjaya disiapkan dengan bantuan serta teknik unik daripada Cikgu Mai.

ms_MYBahasa Melayu

Anda seorang
ibu bapa tunggal ?
a student ? underprivileged community ?

Ingin membina
kemahiran baru atau
menjana pendapatan tambahan ?

Komuniti Rakan KREASI B40 menawarkan anda cara dan sokongan untuk berjaya!