Lokasi : Tenera Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor
Objektif Aktiviti : 1. Penyediaan Booth D’Athirah Magic Ruler (DMR) dan KREASI
2. Memperkenalkan dan mempromosikan inovasi D’Athirah Magic Ruler (DMR) kepada orang ramai.
3. Untuk memperkenalkan dan mempromosikan KREASI,RuangKREASI, dan MyKREASI
Butiran Aktiviti : Hari pertama dimulakan dengan penyediaan booth D’Athirah Magic Ruler (DMR) dan KREASI di Tingkat 2 dan Tingkat 3, Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi. Booth ini disediakan untuk para pengunjung yang hadir bagi mengenali dan mempelajari lebih lanjut mengenai inovasi kami. Sepanjang hari, turut berlangsung Forum bertajuk “Navigating Social Innovation: Why Strategic Foresight is Important?” dari jam 9:00 pagi hingga 1:00 petang. Program diteruskan pada sebelah petang dengan Seminar “Transformasi Minda Inovator – Innovator Entrepreneurship” di Dewan Mawar 1 & Mawar 2. Booth kami juga telah dikunjungi oleh YBrs. Puan Ruziah Binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) serta Dr. Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Innovation Foundation, iaitu penganjur Konvensyen Inovasi Sosial. Selain itu, KREASI turut dipilih oleh pihak Konvensyen Inovasi Sosial (KIS) untuk menjahit sebanyak 6 apron khas yang digunakan oleh staf KIS bagi mengagihkan cenderamata kepada para pengunjung.