Konvensyen Inovasi Sosial 2024

Komuniti : Orang Awam, RuangKreasi

Date : 16/12/2024

Lokasi :
Tenera Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor

Objektif Aktiviti :
1. Untuk memperkenalkan dan mempromosikan inovasi **D’Athirah Magic Ruler (DMR)** kepada orang ramai.
2. Untuk memperkenalkan dan mempromosikan KREASI,RuangKREASI, dan MyKREASI
3. Menghadiri ‘Majlis Peluncuran Dasar Inovasi Sosial (DIS) 2025–2030’ dan ‘Malam Apresiasi Networking Inovator Sosial (MaNIS)’

photo_2024-12-16_17-09-53
photo_2024-12-16_17-10-04
photo_2024-12-16_17-02-26
WhatsApp Image 2024-12-30 at 11.56.14 (3)
WhatsApp Image 2024-12-30 at 11.56.13

Butiran Aktiviti :
Booth D’Athirah Magic Ruler (DMR) dan KREASI diteruskan untuk hari kedua bagi ‘Konvensyen Inovasi Sosial (KIS)’. Pada hari kedua, forum diteruskan dengan sesi bertajuk “Inovasi Sosial – Memperluas Impak Pembangunan” pada waktu pagi, diikuti dengan Sesi Perkongsian “The Chronicles of Grassroots Innovation” pada waktu petang. Sesi perkongsian tersebut sangat menarik dan memberi motivasi kepada para peserta. Pada waktu malam, program diteruskan dengan ‘Majlis Peluncuran Dasar Inovasi Sosial (DIS) 2025–2030’ dan ‘Malam Apresiasi Networking Inovator Sosial’, di mana inovator dan pengasas kami, Puan Nur’ Athirah Razali menerima sijil ‘Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat (SKM) Tahap 4, Inovasi & Pembangunan Rekabentuk Produk’. Hari tersebut diakhiri dengan jamuan makan malam.

ms_MYBahasa Melayu

Anda seorang
ibu bapa tunggal ?
a student ? underprivileged community ?

Ingin membina
kemahiran baru atau
menjana pendapatan tambahan ?

Komuniti Rakan KREASI B40 menawarkan anda cara dan sokongan untuk berjaya!