Lokasi : Tenera Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor
Objektif Aktiviti : 1. Untuk memperkenalkan dan mempromosikan inovasi **D’Athirah Magic Ruler (DMR)** kepada orang ramai.
2. Untuk memperkenalkan dan mempromosikan KREASI,RuangKREASI, dan MyKREASI
Butiran Aktiviti : Hari terakhir 'Konvensyen Inovasi Sosial (KIS)' berjalan seperti biasa di gerai D’Athirah Magic Ruler (DMR) dan KREASI, dan diserikan lagi dengan kehadiran Puan Norbaya Othman, Setiausaha Bahagian Dana MOSTI, yang bersama Puan Mismah Jimbun, Timbalan Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Budaya dan STI, menyampaikan plak penghargaan kepada setiap pempamer KIS 2024 sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan penyertaan mereka dalam edisi konvensyen ini. Sepanjang tiga hari berlangsungnya konvensyen, gerai kami menerima banyak perhatian dan keterujaan daripada pengunjung. Beberapa D’Athirah Magic Ruler yang inovatif serta produk kraf tangan turut dibeli oleh pengunjung KIS.