Lokasi : Pasar Seni, Central Market, 12, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Objektif Aktiviti : 1. Mempromosikan keunikan produk kraftangan Malaysia yang dihasilkan oleh komuniti B40.
2. Membantu ahli komuniti RuangKreasi menjana pendapatan melalui jualan produk.
3. Memberikan pendedahan dan peluang kepada masyarakat untuk mencuba pengalaman menjahit scrunchie.
Butiran Aktiviti : Dari 17 hingga 23 Februari 2025, jualan booth RuangKreasi telah diadakan di Pasar Besar, Pasar Seni. Kali ini, jualan booth tersebut mendapat sambutan yang meriah daripada para pengunjung. Selain menjual produk kraftangan, kami juga menyediakan bengkel DIY scrunchie untuk pengunjung mencuba sendiri pengalaman membuat scrunchie. Ini memberi peluang dan pengalaman baharu kepada pengunjung dalam aktiviti menjahit scrunchie.