Lokasi : Pasar Seni, Central Market, 12, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
Objektif Aktiviti : 1. Menyediakan peluang dan pengalaman baharu kepada pengunjung untuk menghasilkan sendiri subang batik mereka.
2. Menunjukkan kualiti produk kraftangan Malaysia yang dihasilkan oleh komuniti B40 di mata masyarakat.
3. Membantu komuniti RuangKreasi menjana pendapatan melalui jualan produk yang dijual.
Butiran Aktiviti : Pada 10 hingga 16 Mac 2025, sebuah booth RuangKreasi telah dibuka di Pasar Besar, Pasar Seni. Booth jualan ini menawarkan pelbagai produk kraftangan seperti beg pouch yang diinspirasikan daripada kuih-muih, scrunchie, sling bag, dan pelbagai lagi. Selain itu, kami turut menyediakan bengkel pembuatan subang batik untuk para pengunjung. Jualan booth ini mendapat sambutan yang baik daripada pengunjung tempatan mahupun luar negara.