Lokasi : Pasar Seni, Central Market, 12, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Objektif Aktiviti :
Menarik minat golongan muda melalui penghasilan produk pin doll
Menonjolkan kualiti produk kraf tangan Malaysia yang dihasilkan oleh komuniti B40 kepada masyarakat
Membantu komuniti RuangKreasi menjana pendapatan melalui jualan produk
Butiran Aktiviti :
Pada 11 April 2025, jualan booth RuangKreasi telah diadakan di Pasar Seni sempena acara Pasar Selambe. Program ini berlangsung selama tiga hari, bermula dari Jumaat, 11 April hingga Ahad, 13 April 2025.
Pada acara kali ini, kami memperkenalkan produk baharu kepada pelanggan semasa jualan booth. Program ini berjalan dengan lancar dan menerima kehadiran pengunjung yang ramai, terutamanya disebabkan oleh tarikan utama iaitu konsep “Adopt Me” (pin doll). Golongan muda seperti kanak-kanak dan remaja merupakan antara pengunjung utama yang datang ke booth RuangKreasi.
Selain itu, pelbagai produk kraf tangan turut dijual seperti beg pouch, batu seremban, scrunchies dan banyak lagi hasil kreatif yang menarik.