Lokasi : Amcorp Mall, 18, Jalan, Persiaran Barat, Seksyen 52 Petaling Jaya, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Objektif Aktiviti :
Mempromosikan produk kraf tangan Malaysia yang berkualiti tinggi
Memberi pendedahan kepada komuniti tentang keunikan produk kraf tangan yang terdapat di Malaysia
Membantu menjana pendapatan kepada ahli RuangKreasi
Butiran Aktiviti :
Booth Kreasi telah diadakan di Amcorp Mall dari 16 Mei hingga 18 Mei 2025. Booth ini menampilkan pelbagai produk kraf tangan unik yang dihasilkan dengan penuh dedikasi oleh ahli komuniti RuangKreasi. Antara tarikan utama ialah koleksi pouch kreatif yang diinspirasikan daripada makanan tradisional Malaysia, termasuk kuih-muih tempatan dan hidangan ikonik. Setiap hasil karya mencerminkan kekayaan budaya Malaysia di samping menonjolkan kreativiti serta kemahiran pertukangan ahli RuangKreasi.