About Us

Platform Pembelajaran Kemahiran

Berdasarkan Inovasi

tentang kami di kreasi

Tentang Kami

MyKreasi merupakan platform digital kemahiran pertama di Malaysia yang menjadikan INOVASI sebagai tunjang utama.

MyKreasi merupakan sebuah platform digital yang memberikan tumpuan kepada peminat kemahiran tangan. Selain itu, ia memfokuskan kepada komuniti B40 yang tidak berpeluang untuk mendalami serta meningkatkan pengetahuan mereka dalam pembangunan kemahiran. Sebagai sebuah platform dalam talian, MyKreasi juga boleh dimanfaatkan oleh agensi kerajaan mahupun swasta. Kesannya, ia dapat membantu dan menggalakkan komuniti B40 untuk menjadikan kemahiran sebagai sumber bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Ketahui lebih lanjut mengenai misi dan inisiatif kami dalam bahagian 'Tentang Kami'.

Selain itu, MyKreasi juga merupakan sebuah platform digital kemahiran yang memperkasakan komuniti kurang berkemampuan. Pada masa yang sama, ia menjadikan kemahiran sebagai sumber pendapatan bagi memacu pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Sesuai dengan slogan MyKreasi, MEMPERKASA KEMAHIRAN KOMUNITI atau EMPOWERING COMMUNITY SKILLS.

Visi dan Misi MyKreasi

VISI kami adalah untuk membentuk sebuah perusahaan sosial yang mampan melalui pemerkasaan teknologi dan kemahiran pengetahuan. Selain itu, kami menyasarkan untuk memperkasakan individu dalam mendepani cabaran sosial dan alam sekitar.

MISI kami adalah berdasarkan 5 aspek penting iaitu:

  1. Latihan dan Pendidikan Kemahiran
    ~Menyediakan program latihan dan pendidikan kemahiran yang boleh diakses dan berpatutan.
    ~Melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kebolehan yang diperlukan untuk berkembang maju dalam pasaran pekerjaan.
  2. Pembangunan Peribadi dan Profesional
    ~Memberi tumpuan untuk memupuk pertumbuhan peribadi dan profesional individu.
    ~Membantu mereka meningkatkan keyakinan, kemahiran komunikasi, kebolehan menyelesaikan masalah dan kecekapan penting yang lain bukan sahaja dalam kemahiran malah perniagaan.
  3. Penempatan Pekerjaan dan Sokongan Kerjaya
    ~Membantu individu dalam mencari peluang pekerjaan
  4. Kerjasama dan Perkongsian
    ~Berusaha untuk bekerjasama dengan majikan, institusi pendidikan, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan lain.
    ~Mewujudkan program pembangunan kemahiran yang komprehensif dan memberi impak yang selaras dengan keperluan dan trend industri.
  5. Kesan Sosial dan Pemerkasaan
    ~Memberi impak sosial yang positif dengan memperkasakan individu melalui pembangunan kemahiran.
    ~Membolehkan mereka mengatasi halangan, meningkatkan status sosio-ekonomi mereka, dan menyumbang kepada kesejahteraan keluarga dan komuniti mereka.

mykreasi.com

About us; MyKreasi merupakan sebuah platform digital dinamik yang dikhaskan untuk peminat kemahiran tangan dan komuniti kurang berkemampuan. Ia menyediakan pelbagai sumber yang komprehensif, termasuklah set jahitan, projek DIY, serta peralatan kreatif, yang kesemuanya bertujuan untuk memperkasakan individu bagi membangunkan kemahiran yang mempunyai nilai pasaran.

MyKreasi bukan sahaja menyokong komuniti B40 dengan menawarkan peluang untuk mendalami serta meningkatkan pengetahuan mereka dalam pembangunan kemahiran, malah turut bekerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta bagi mempertingkatkan taraf hidup.

ms_MYBahasa Melayu

Anda seorang
ibu bapa tunggal ?
a student ? underprivileged community ?

Ingin membina
kemahiran baru atau
menjana pendapatan tambahan ?

Komuniti Rakan KREASI B40 menawarkan anda cara dan sokongan untuk berjaya!