Cucuk Sanggul Bukan Sekadar Perhiasan

Cucuk Sanggul Is Not Just An Ornament

cucuk sanggul
Jahitan

Cucuk Sanggul Bukan Sekadar Perhiasan

Cucuk Sanggul (Hairpin) merupakan salah satu perhiasan diri yang digunakan oleh wanita Melayu, Cina, dan Peranakan India untuk menghias gaya rambut mereka. Selain itu, masyarakat Orang Asli turut menghasilkan cucuk sanggul daripada buluh atau kayu yang diukir. Perhiasan ini mempunyai nilai budaya yang tinggi dan mempamerkan seni pertukangan halus setiap komuniti. Cucuk sanggul sering dihiasi dengan ukiran yang rumit, mencerminkan warisan budaya yang kaya bagi setiap kelompok masyarakat. Pemakaiannya bukan sahaja menyerikan gaya rambut, malah turut menghubungkan pemakainya dengan akar budaya mereka.

Wanita menggunakan cucuk sanggul untuk mencucuk dan mengikat sanggul agar rambut kekal kemas serta tidak terurai. Cucuk sanggul dihasilkan daripada pelbagai bahan seperti emas, logam, buluh, tembaga, suasa, dan perak. Pada zaman dahulu, wanita juga menggunakan duri landak dan rotan sebagai cucuk sanggul. Kepelbagaian bahan ini mencerminkan kebijaksanaan dan kreativiti masyarakat dalam menghasilkan perhiasan rambut yang unik.

Selain daripada kegunaannya untuk menghias diri, ia juga berfungsi sebagai senjata untuk mempertahankan diri daripada ancaman. Sekiranya berlaku pergaduhan sesama wanita atau serangan dari kaum lelaki, cucuk sanggul akan digunakan untuk menusuk leher, mata, kemaluan, perut dan mana-mana anggota tubuh penyerang yang tidak dilindungi tulang. Cucuk sanggul merupakan antara senjata yang ditakuti musuh dan antara senjata mempertahankan diri terbaik bagi kaum wanita.

Among the hairpin patterns are :

  • Paku/kecik hairpin
  • Wau Bulan hairpin
  • Sudu hairpin
  • Goyang hairpin
  • Kepang hairpin
  • Bunga Senayan hairpin
  • Bunga Pacak hairpin
  • Pecah hairpin
  • Jurai hairpin
  • Partner

Walau bagaimanapun, pada masa kini semakin kurang wanita menggunakan cucuk sanggul kerana terdapat pelbagai aksesori lain seperti getah rambut, tudung, dan turban. Namun begitu, cucuk sanggul masih kekal sebagai warisan penting dalam dunia perhiasan dan persenjataan Melayu. Pemeliharaan tradisi ini amat penting bagi mengekalkan identiti budaya dan sejarah masyarakat. Oleh itu, usaha untuk menghidupkan semula serta mempromosikan penggunaan cucuk sanggul perlu terus dilakukan

Dari mata turun ke hati,

Celak dan sanggul mencantikkan lagi,

Dah sayang mula ternanti-nanti,

Kalau terlepas nanti rugi.

Tinggalkan pandangan anda di sini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYBahasa Melayu

Anda seorang
ibu bapa tunggal ?
a student ? underprivileged community ?

Ingin membina
kemahiran baru atau
menjana pendapatan tambahan ?

Komuniti Rakan KREASI B40 menawarkan anda cara dan sokongan untuk berjaya!