History of Baju Kebaya
Sejarah Baju Kebaya
Baju Kebaya ialah pakaian tradisional yang dipakai oleh kaum wanita di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Ianya juga merupakan salah satu warisan fesyen yang menjadi pilihan masyarakat Malaysia sejak dari tahun 1900-an. Sehingga kini, pakaian tradisional Kebaya ini paling digemari untuk digayakan sempena hari perayaan dan hari kebangsaan. Baju Kebaya diperbuat daripada kain kasa yang dipasangkan dengan kain batik atau songket dengan motif warna-warni.
The Origin of Kebaya
Tahukah anda asal usul Baju Kebaya? Baju Kebaya dipercayai berasal dari negara Arab dimana pedagang Arab telah membawa dan memperkenalkan fesyen pakaian ini ke Nusantara sejak ratusan tahun dahulu. Baju Kebaya atau dikenali sebagai Abaya dalam Bahasa Arab kemudiannya tersebar ke Melaka, Jawa, Sumatera, Bali, dan Sulawesi. Hasil daripada asimilasi budaya sejak ratusan tahun yang lalu telah menyebabkan pakaian ini diterima oleh penduduk setempat.
Sebelum tahun 1600, wanita daripada golongan atasan atau keluarga diraja di pulau Jawa memakai pakaian Kebaya sebagai lambang status bangsawan dan kedudukan sosial mereka. Apabila Belanda menjajah Jawa, wanita Eropah turut mengadaptasi pakaian yang anggun ini sebagai busana rasmi, kerana mereka menghargai reka bentuknya yang halus serta nilai budayanya. Pengaruh Kebaya kemudian berkembang lebih luas apabila ia menggabungkan tradisi tempatan dengan gaya Eropah, sekali gus menghasilkan gabungan unik yang terus menginspirasikan fesyen kontemporari hingga ke hari ini.
Fesyen baju Kebaya sering berubah-ubah mengikut tempat, pada asalnya baju Kebaya hanya daripada tenunan mori menggunakan sutera, kini baju kebaya lebih menarik dengan sulaman berwarna-warni. Pakaian tradisional ini tidak lapuk ditelan zaman kerana sehingga kini baju kebaya digunakan sebagai pakaian rasmi dan banyak digunakan dalam industri penghotelan, penerbangan, dan pelancongan.
Kesimpulannya, Baju Kebaya terus mempunyai tempat yang istimewa dalam hati masyarakat, melangkaui masa dan sempadan. Sejarahnya yang kaya, kepentingan budaya, serta keindahannya yang tidak lapuk dek zaman menjadikannya pilihan yang digemari untuk pelbagai acara. Sama ada dipakai semasa perayaan, hari kebangsaan, atau sebagai pakaian rasmi, Baju Kebaya kekal sebagai simbol keanggunan dan tradisi yang akan terus dihargai oleh generasi akan datang.
Alunan Lagu Merdu Irama,
Nikmati Bersama Kopi Secangkir,
Kini Makin Berdebar Rasanya,
Masa Dinanti Sudah Semakin Hampir.