Lokasi : Amcorp Mall, 18, Jalan, Persiaran Barat, Seksyen 52 Petaling Jaya, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Objektif Aktiviti : 1. Mempromosikan produk kraftangan Malaysia yang berkualiti tinggi yang mencerminkan kekayaan budaya tempatan.
2. Memperkenalkan kepada masyarakat keunikan serta nilai kreativiti kraftangan buatan tempatan.
Menyokong penjanaan pendapatan untuk ahli RuangKreasi melalui jualan produk — termasuk barangan kraftangan istimewa sempena sambutan Hari Bapa.
Butiran Aktiviti : Booth Kreasi yang dikendalikan oleh ahli komuniti RuangKreasi telah diadakan di Amcorp Mall dari 13 hingga 15 Jun 2025. Ia menampilkan pelbagai produk kraftangan Malaysia yang 100% buatan tangan, semuanya dihasilkan dengan penuh ketelitian dan kreativiti oleh para artisan RuangKreasi. Bersempena dengan sambutan Hari Bapa yang akan datang, booth ini turut menawarkan koleksi khas kraftangan bertemakan Hari Bapa, serta produk baharu yang dilancarkan — gabungan unik keychain tanah liat dan Emotional Support Cards, sesuai dijadikan hadiah yang penuh makna untuk orang tersayang.