Lokasi : Amcorp Mall, 18, Jalan, Persiaran Barat, Seksyen 52 Petaling Jaya, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Objektif Aktiviti : 1. Menampilkan keunggulan produk kraftangan buatan tangan Malaysia.
2. Memperkenalkan kepada masyarakat keunikan dan nilai budaya kraftangan tempatan.
3. Menyokong penjanaan pendapatan untuk ahli RuangKreasi melalui penjualan hasil karya kreatif mereka.
Butiran Aktiviti : Booth Kreasi telah diadakan di Amcorp Mall dari 20 hingga 22 Jun 2025 dan dikendalikan oleh ahli komuniti RuangKreasi. Pelbagai produk kraftangan Malaysia yang 100% buatan tangan telah dipamerkan dan dijual, di mana setiap satunya mencerminkan kreativiti serta kekayaan budaya para artisan RuangKreasi. Antara produk yang mendapat sambutan hangat ialah Artline Makeup Pouch, Emotional Support Cards, Batu Seremban, serta pelbagai lagi hasil kraftangan unik yang menarik perhatian pengunjung.