Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : Pelajari cara menjahit uncang Bak Chang.
Berupaya menghasilkan uncang Bak Chang sendiri.
Butiran Aktiviti : Pada 21 Mei 2025, RuangKreasi telah berjaya menganjurkan kelas jahitan yang memfokuskan kepada penghasilan uncang Bak Chang. Kelas ini dikendalikan oleh Cikgu Fatin, seorang tenaga pengajar berpengalaman yang berkongsi teknik bernilai serta tip praktikal sepanjang sesi berlangsung.
Diadakan dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang, kelas ini memberikan pengalaman pembelajaran secara praktikal kepada para pelajar, bermula daripada jahitan asas hingga ke kemasan akhir. Sesi ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran kraf mereka, malah turut memupuk kreativiti dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar.
Pada akhir kelas, setiap pelajar berjaya menyiapkan uncang Bak Chang buatan tangan mereka sendiri dengan penuh rasa bangga.