Seni Kawat Bulu

Komuniti : B40, RuangKreasi

Tarikh : 17/07/2024

Lokasi :
RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Objektif Aktiviti :
1. Asas pengetahuan dan sejarah seni kawat bulu
2. Modul 1.1 Bunga Lili
3. Modul 1.2 Bunga Ros

IMG_2419
IMG_2414
IMG_2402
IMG_2435

Butiran Aktiviti :
Pada hari Rabu, 17 Julai 2024, telah berlangsung bengkel pertama bagi komuniti RuangKREASI Batch 5 dalam kategori Fuzzy Wire Art. Bengkel dimulakan dengan sesi pengenalan mengenai asal usul serta latar belakang seni fuzzy wire yang diterangkan oleh Cikgu Fatin. Selepas sesi penerangan, para peserta mula mempelajari asas seni fuzzy wire dengan menghasilkan bunga lily. Cikgu Fatin turut mengajar asas pembentukan daun, kelopak bunga, dan dahan sebagai teknik utama dalam penghasilan bunga. Seterusnya, bengkel diteruskan dengan pembuatan bunga ros yang mempunyai bentuk kelopak yang sedikit berbeza daripada bunga lily. Sepanjang bengkel, proses berjalan dengan lancar dan kedua-dua jenis bunga berjaya disiapkan oleh para peserta.

ms_MYBahasa Melayu

Anda seorang
ibu bapa tunggal ?
a student ? underprivileged community ?

Ingin membina
kemahiran baru atau
menjana pendapatan tambahan ?

Komuniti Rakan KREASI B40 menawarkan anda cara dan sokongan untuk berjaya!