Lokasi : Pasar Seni, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Objektif Aktiviti :
Meningkatkan kesedaran komuniti terhadap produk kraf tangan Malaysia yang berkualiti
Membantu komuniti RuangKREASI menjana pendapatan melalui jualan produk
Memberikan pengetahuan baharu kepada pengunjung tentang cara menjahit scrunchies
Butiran Aktiviti :
Jualan booth RuangKREASI telah diadakan dari 12 Mei hingga 18 Mei 2025 di Pasar Besar, Pasar Seni, Kuala Lumpur. Di booth ini, pelbagai produk kraf tangan hasil ciptaan ahli komuniti RuangKREASI telah dipasarkan. Antara produk yang ditawarkan termasuk pouch, beg kraf, batu seremban, plushies dan pelbagai lagi hasil kreatif yang unik.
Jualan ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti tempatan serta pelancong. Antara tarikan utama booth ini ialah beg sling arnab putih yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung.