Lokasi : Tenera Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor
Objektif Aktiviti : 1. Untuk memperkenalkan dan mempromosikan inovasi **D’Athirah Magic Ruler (DMR)** kepada orang ramai.
2. Untuk memperkenalkan dan mempromosikan KREASI,RuangKREASI, dan MyKREASI
3. Menghadiri ‘Majlis Peluncuran Dasar Inovasi Sosial (DIS) 2025–2030’ dan ‘Malam Apresiasi Networking Inovator Sosial (MaNIS)’
Butiran Aktiviti : Booth D’Athirah Magic Ruler (DMR) dan KREASI diteruskan untuk hari kedua bagi ‘Konvensyen Inovasi Sosial (KIS)’. Pada hari kedua, forum diteruskan dengan sesi bertajuk “Inovasi Sosial – Memperluas Impak Pembangunan” pada waktu pagi, diikuti dengan Sesi Perkongsian “The Chronicles of Grassroots Innovation” pada waktu petang. Sesi perkongsian tersebut sangat menarik dan memberi motivasi kepada para peserta. Pada waktu malam, program diteruskan dengan ‘Majlis Peluncuran Dasar Inovasi Sosial (DIS) 2025–2030’ dan ‘Malam Apresiasi Networking Inovator Sosial’, di mana inovator dan pengasas kami, Puan Nur’ Athirah Razali menerima sijil ‘Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat (SKM) Tahap 4, Inovasi & Pembangunan Rekabentuk Produk’. Hari tersebut diakhiri dengan jamuan makan malam.