Lokasi : RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Objektif Aktiviti : 1. Mengajar asas pembuatan arca tanah liat polimer secara manual.
2. Menghasilkan watak Shin Chan.
3. Cipta watak Kuromi.
4. Tambahkan cincin kunci pada watak tanah liat.
5. Bakar tanah liat dalam ketuhar
Butiran Aktiviti : Program Cuti Sekolah Istimewa – Clay Character telah diadakan di RuangKreasi pada 26 Januari 2025 dan disertai oleh enam orang pelajar sekolah. Sempena cuti sekolah, mereka meluangkan masa di RuangKreasi untuk mempelajari teknik menghasilkan arca karakter kartun menggunakan tanah liat. Kelas ini dikendalikan oleh tenaga pengajar RuangKreasi, Cikgu Mohana.
Dalam kelas ini, para pelajar diajar asas membentuk arca menggunakan polymer clay dengan teknik tangan. Mereka diberi pilihan untuk menghasilkan dua watak kegemaran iaitu Kuromi dan Shin Chan.
Para pelajar kelihatan sangat teruja dan seronok menghasilkan karakter kartun pilihan masing-masing. Setelah tanah liat dibentuk, ia akan dibakar di dalam ketuhar bagi mengeraskannya. Selepas sejuk, lapisan varnis berkilat disapu supaya hasilnya kelihatan lebih cantik dan bersinar.
Apabila siap sepenuhnya, karakter tersebut boleh dijadikan sebagai rantai kunci, sekali gus menjadi kenangan manis sepanjang menyertai kelas di RuangKreasi.