Food Clay

Komuniti : B40, RuangKreasi

Date : 10/10/2024

Lokasi :
RuangKreasi, R-2-5 D'Sara Sentral Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Objektif Aktiviti :
Menghasilkan anting-anting menggunakan polymer clay.
Menghasilkan bunga menggunakan tanah liat kering udara (air dry clay).

IMG_6674
IMG_6786
IMG_6648
IMG_6694
IMG_6824
IMG_6837

Butiran Aktiviti :
Pada 10 Oktober 2024, telah berlangsung bengkel pertama dan permulaan bagi aktiviti seni ukiran tanah liat (clay sculpting). Objektif bengkel ini adalah untuk menghasilkan aksesori wanita, iaitu anting-anting bertemakan makanan Malaysia. Program Open Day Craft ini disertai oleh ahli Komuniti RuangKREASI iaitu Miss Aida, Puan Zubidah, Puan Rafidah, Puan Alice Fatimah, Puan Kar Yeng, Puan Faridah dan Puan Aiza. Mereka hadir untuk mempelajari teknik asas dalam menghasilkan ukiran tanah liat. Terdapat dua jenis tanah liat yang digunakan dalam bengkel ini, iaitu polymer clay dan air dry clay. Polymer clay digunakan untuk menghasilkan anting-anting, manakala air dry clay digunakan untuk menghasilkan bunga. Hasil rekaan anting-anting yang dihasilkan oleh peserta sangat kreatif dan kemas, dengan pelbagai tema makanan seperti karipap, donut, kuih ketayap, onde-onde dan pelbagai lagi. Manakala hasil bunga daripada air dry clay juga kelihatan cantik dan berwarna-warni, menunjukkan kreativiti peserta dalam penggunaan pelbagai warna.

ms_MYBahasa Melayu

Anda seorang
ibu bapa tunggal ?
a student ? underprivileged community ?

Ingin membina
kemahiran baru atau
menjana pendapatan tambahan ?

Komuniti Rakan KREASI B40 menawarkan anda cara dan sokongan untuk berjaya!