Wow! Terampil Mampu Mula Belajar Menjahit Dengan Mudah (Bahagian III)
Prasyarat Kursus
- Sila ambil perhatian bahawa kursus ini mempunyai prasyarat berikut yang mesti diselesaikan sebelum ia boleh diakses
-
Wow! Terampil Mampu Menjahit SEMUDAH ABC (Bahagian I)
-
Wow! Terampil Mampu Mengenali Tapak Mesin Jahit (Bahagian II)
-
Pendaftaran Komuniti Rakan KREASI
Tentang Kelas ini
Wah! Terampil Mampu Mula Belajar Menjahit Dengan Mudah (Bahagian III). Mengawal mesin jahit adalah sangat penting semasa menjahit. Jika kawalan kita tidak betul, kita akan menghadapi banyak masalah seperti jarum patah dan benang putus semasa proses menjahit.
Tambahan pula, mata jahitan kita tidak akan kemas, dan pakaian yang dijahit tidak akan kelihatan cantik.
Anda mungkin akan mula hilang keyakinan untuk belajar menjahit. Bertenang—kelas Wow! Terampil Mampu Mula Belajar Menjahit Dengan Mudah (Bahagian III) yang kami tawarkan ini pasti akan membuatkan anda tersenyum lebar. Ya, dalam kursus ini, anda akan belajar menjahit dan mengawal mata jahitan anda semasa menjahit. Anda akan dilatih langkah demi langkah dengan templat jahitan yang kami sediakan. Antara perkara yang bakal anda pelajari adalah:
- Cara mengawal jahitan lurus.
- Cara mengawal jahitan zigzag.
- Cara mengawal jahitan melengkung.
- Cara mengawal jahitan penjuru tepat (square corner).
- Cara mengawal jahitan membulat (circular stitches).
Objektif Pembelajaran
Keperluan
- Mesin jahit
- Benang jahitan
- Gunting
- Sewing template myterampil
Pelajar Sasaran
- Sesuai untuk mereka yang mula belajar menjahit
Kokurikulum
Menjahit Garis Lurus
Video1:46
Template Jahitan dan Hasil Jahitan Anda
QUIZ 1 – JAHITAN LURUS
Menjahit Curve 1
Menjahit Pivoting Dan Connecting Corner
Menjahit Curve 2
Menjahit Zig Zag
Certificate of Participation Provided
Sertai kelas ini dan dapatkan sijil penyertaan secara dalam talian.