Kelas Tie & Dye Sesi 4 RuangKreasi (Modul 1: Asas Tie & Dye)
Tentang Kelas ini
Ini adalah RuangKreasi Sesi 4: Kelas Tie & Dye (Modul 1: Asas Tie & Dye) di mana anda akan mempelajari pengenalan bahan-bahan dan cara penyediaan tie & dye. Modul 1 terdiri daripada 3 sub-modul:
- Penyediaan Bahan-Bahan Tie & Dye
- Proses Membancuh Pewarna
- Proses Awal Penyediaan Seni Tie & Dye
Tie dye merupakan teknik pencelupan fabrik yang melibatkan proses melipat, memusing, memiring, atau merenyukkan kain dan mengikatnya dengan tali atau getah, diikuti dengan penggunaan bahan pewarna. Kawasan yang diikat oleh tali atau getah tersebut akan menghalang resapan warna, sekaligus menghasilkan corak yang rumit dan unik.
Dalam RuangKreasi Sesi 4: Kelas Tie & Dye (Modul 1: Asas Tie & Dye) ini, anda akan mendapat pengalaman praktikal dalam menyediakan bahan-bahan dan membancuh pewarna bagi menghasilkan warna yang terang dan tahan lama. Anda juga akan menerokai proses awal penyediaan fabrik bagi memastikan rekaan anda terhasil dengan sejelas dan setepat yang mungkin.
Objektif Pembelajaran
Bahan Disediakan
- Pewarna Fabrik
- Soda Ash
- Kayu Aiskrim
- Getah
- Lidi
- Kain Belacu
Keperluan
- Sila rekod gambar dan video untuk setiap proses bagi memudahkan tenaga pengajar untuk menyemak hasil kerja anda
Pelajar Sasaran
- Komuniti RuangKreasi Batch 4 Kategori Tie & Dye
Kokurikulum
Kelas Tie & Dye (Modul 1 : Asas Tie & Dye)
Sub-Modul 1.1 Penyediaan Bahan Tie & Dye0:13
Latihan Sub-Modul 1.1 Penyediaan Bahan Tie & Dye
Sub-Modul 1.2 Proses Bancuhan Pewarna Dye1:25
Latihan Sub-Modul 1.2 Proses Bancuhan Pewarna Dye
Sub-Modul 1.3 Proses Awal Penyediaan Tie & Dye0:20
Latihan Sub-Modul 1.3 Proses Awal Penyediaan Tie & Dye
Certificate of Participation Provided
Sertai kelas ini dan dapatkan sijil penyertaan secara dalam talian.