Pembaris Ajaib Pola Pakaian Tradisional Melayu Wanita
RM150.00
Pembaris melukis pola badan wanita untuk memudahkan proses melukis pola baju Tradisional melayu seperti baju kurung pesak buluh, baju kurung Pahang, baju kebaya Kelepet, baju kurung kedah dan lain –lain baju tradisional Dengan mudah, cepat dan pantas. Khas untuk melukis semua saiz pola badan Wanita tanpa perlu membuat pengiraan formula dalam matematik.
Promosi : PERCUMA VIDEO LUKIS POLA BAJU KURUNG KEDAH DAN PERCUMA PENGHANTARAN
100 dalam stok
Penerangan
Jika anda pernah melukis pola pakaian sebelum ini dan menghadapi kesukaran untuk mengingati pengiraan yang boleh menyebabkan kekeliruan, pembaris ini dapat membantu memudahkan proses tersebut. Ia juga memudahkan penghasilan bahagian leher, pesak dan kekek dengan lebih mudah. Magic Ruler Traditional Malay Dress mampu membantu anda melalui pelbagai ciri yang dimilikinya seperti:
- Pengiraan saiz badan telah tersedia.
- Boleh digunakan oleh semua saiz dari saiz kecil hingga ke saiz besar
- Sesuai melukis pola baju tradisonal melayu pelbagai saiz badan wanita.
- Langkah penggunaan hanya berpandukan abjad ABC.
- Penjimatan masa sehingga 50% untuk proses melukis pola.
- Tidak perlu menggunakan pembaris jahitan yang banyak hanya dengan satu pembaris melukis pola mudah dan pantas.
- Mempunyai semua saiz leher baju tradisional.
- Mempunyai video langkah demi langkah melukis pola baju kurung kedah
- Tahan lasak
Bahan: Polypropylene Plastic (PP)
Harga Asal : RM160 –pembaris sahaja
Harga Promosi : RM95 – PERCUMA VIDEO LUKIS POLA BAJU KURUNG KEDAH
Soalan Lazim :
Apakah perbezaan Magic Ruler Traditional Malay Dress berbanding pembaris lain?
- Pembaris ini khas untuk melukis pola baju tradisional melayu
Bagaimana Magic Ruler Traditional Malay Dress boleh digunakan untuk pelbagai saiz badan?
- Boleh rujuk pada langkah penggunaan cara penganjakkan saiz .
Bolehkah Magic Ruler Traditional Malay Dress digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis pakaian tradisional wanita?
- Pembaris ini membantu proses melukis pola dengan betul yang sememangnya proses paling penting dalam jahitan adalah, proses melukis pola asas yang betul.
- Jika proses melukis asas sudah betul anda boleh manipulasi pola menjadi pelbagai fesyen baju.
Adakah terdapat testimoni daripada pengguna?
- Ya.kami mempunyai ramai testimoni dan juga positif komen dari pelanggan yang menggunakan mengatakan masalah lukisan pola mereka selari dengan hasil jahitan yang memberi keselesaan dalam pemakaian pakain yang sudah siap dijahit.
Kalau saya beli adakah cara untuk menggunakannya?
- Ya ada, setiap pembelian akan diberi video cara penggunaan seperti cara melukis pola baju kurung kedah.
Adakah saya akan menjadi mahir menjahit hanya dengan menggunakan pembaris ini?
- Kami membantu puan dengan video langkah demi langkah yang jelas, selebihnya terletak pada fokus dan komitmen yang diberikan semasa belajar
Jika saya baru lagi dalam bidang jahitan ini boleh ke saya menggunakannya ?
- Kami cadangkan puan membeli dengan pakej kelas asas jahitan tersedia supaya mendapat bimbingan daripada tenaga pengajar yang terlatih.Untuk info tambahan kami juga mempunyai testimoni daripada pelajar zero basic juga dan dah berjaya walaupun hanya belajar diatas talian.
Jika saya membeli pembaris ini, adakah saya hanya tahu melukis pola Baju Kurung Kedah sahaja?
- Tidak, puan sudah memiliki pembaris ajaib pola ini puan boleh dapatkan ebook atau ikut serta kelas jahitan kami yang lain untuk menambah ilmu jahitan puan ke satu lagi level.
Adakah Magic Ruler ini mudah rosak?
- Untuk pembaris ini kami menggunakan bahan plastic polypropylene (PP) yang mudah untuk dijaga.
Hanya pelanggan log masuk yang telah membeli produk ini boleh meninggalkan ulasan.

Ulasan
Tiada ulasan lagi.