Hari Wanita Antarabangsa 2024

International Women’s Day 2024

Pameran

Hari Wanita Antarabangsa 2024

Hari Wanita Antarabangsa, yang disambut setiap tahun pada 8 Mac, menghargai pencapaian wanita di seluruh dunia serta mengiktiraf perjuangan mereka dalam mencapai kesaksamaan. Pada tahun 2024, Hari Wanita Antarabangsa memilih tema “Wanita Diiktiraf di Negara Gemilang” bagi menonjolkan peranan wanita dalam pembangunan negara. Sambutan ini seterusnya menggalakkan masyarakat untuk menghargai peranan penting wanita dalam setiap aspek kehidupan, termasuk keluarga, kerjaya, dan komuniti.

“Women Recognized in a Glorious Country”

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 disempurnakan dan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan turut bersama YB Dato' Sri Hajah Nancy Binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat. Sambutan pada tahun 2024 ini bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre. Terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan disana seperti Penerangan CEDAW, Advokasi Antigangguan Sosial, Demo Pertahanan Diri, Forum Wanita Aspirasi Madani, Bicara Toleransi Keganasan Terhadap Wanita, Pameran dan Sesi Penerangan Bersama NGO Wanita, Perkongsian Ilmu dari Usahawan Wanita yang berjaya, Khidmat Nasihat Kewangan dan banyak lagi.

D’Athirah Magic Ruler (DMR)

Pihak Superb Innovative Skills telah dijemput oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk membuka "booth" untuk mempromosikan Kreasi dan D'Athirah Magic Ruler (DMR). Dengan peluang yang diberi, pihak kami mempromosikan kepada YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail, YB Dato' Sri Hajah Nancy Binti Shukri, dan orang ramai tentang kelebihan produk inovasi DMR dan profil komuniti Kreasi serta produk yang dihasilkan oleh mereka. Promosi seperti ini mengharapkan dapat membantu lebih ramai lagi komuniti di luar sana.

Kesimpulannya, acara-acara ini menekankan impak besar hasil usaha kerjasama dalam mengiktiraf dan mempromosikan produk inovatif serta meraikan peranan penting wanita dalam pembangunan negara. Dengan menonjolkan pencapaian dan sumbangan individu serta komuniti, kita membuka laluan ke arah masyarakat yang lebih inklusif dan berdaya saing. Selain itu, pengiktirafan sebegini bukan sahaja mendorong inovasi berterusan, malah membina budaya penghargaan dan sokongan terhadap sumbangan wanita serta kumpulan yang kurang diberi perhatian. Semasa kita melangkah ke hadapan, adalah penting untuk mengekalkan momentum ini dan terus mewujudkan peluang yang meraikan serta mengangkat bakat dan pencapaian pelbagai lapisan masyarakat.

Tinggalkan pandangan anda di sini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYBahasa Melayu

Anda seorang
ibu bapa tunggal ?
a student ? underprivileged community ?

Ingin membina
kemahiran baru atau
menjana pendapatan tambahan ?

Komuniti Rakan KREASI B40 menawarkan anda cara dan sokongan untuk berjaya!