Social Enterprise Day 2024
Hari Perusahaan Sosial 2024

Hari Perusahaan Sosial 2024 telah disambut pada 27 Jun 2024 bertempat di Asia School of Business (ASB), Kuala Lumpur dan sambutan ini disempurnakan lagi dengan kehadiran YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Perusahaan sosial (Social Enterprises; SE) adalah entiti perniagaan yang mempunyai misi utama untuk menangani isu-isu sosial atau alam sekitar sambil menjana keuntungan. Berbeza dengan perniagaan tradisional, SE mengutamakan impak positif kepada masyarakat dan dunia sekeliling. Mereka menggunakan model perniagaan untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti kemiskinan, pendidikan, kesihatan, dan kelestarian alam sekitar. Dengan menggabungkan objektif sosial dan ekonomi, perusahaan sosial berusaha untuk membawa perubahan yang bermakna dan berkesan dalam masyarakat.
Sambutan Hari Perusahaan Sosial ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang perusahaan sosial (SE) serta membantu memperkenal dan mempromosikan produk dan perkhidmatan perusahaan sosial yang hadir pada hari tersebut kepada orang ramai. Di samping itu, sambutan ini juga membantu meningkatkan jumlah SE memohon penarafan melalui klinik penarafan sekaligus menarik minat orang ramai mengenai impak yang diberikan oleh SE.



SE Marketplace@ASB
Kreasi telah mengambil peluang ini untuk membuat pameran bersama sama dengan SE yang lain. Kami telah membuka booth di SE Marketplace@ASB ini dengan mempromosikan produk produk yang dijahit dan dihasilkan oleh komuniti kreasi seperti soft toys plushie, kraftangan mini backpack, drawstring bag, dan pelbagai jenis kraftangan lagi. Kami juga mempromosikan produk inovasi D'Athirah Magic Ruler (DMR) sebagai produk yang dapat membantu tukang jahit menjimatkan masa dan memudahkan proses melukis pola pakaian.

Kesimpulannya, Hari Perusahaan Sosial 2024, yang diraikan pada 27 Jun di Asia School of Business (ASB), Kuala Lumpur, berjaya mempamerkan peranan penting perusahaan sosial dalam menangani isu sosial dan alam sekitar sambil menjana keuntungan. Kehadiran YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, menambah keistimewaan kepada acara ini. Dengan menonjolkan produk dan perkhidmatan inovatif daripada perusahaan sosial seperti Kreasi dan D’Athirah Magic Ruler (DMR), acara ini menunjukkan bagaimana model perniagaan boleh menyelesaikan masalah masyarakat yang mendesak. Acara ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap perusahaan sosial, malah turut menggalakkan kerjasama serta minat terhadap kerja mereka yang memberi impak. Sambil menantikan sambutan di masa hadapan, adalah penting untuk terus menyokong dan memperkasa perusahaan sosial agar dapat mewujudkan perubahan bermakna dan lestari dalam masyarakat.