RuangKREASI

Kami memperkasakan komuniti dengan menyediakan latihan kemahiran seperti membuat pakaian, kraf dan peluang pekerjaan untuk kumpulan sasar dan pada masa yang sama memberi impak sosial yang positif dengan meningkatkan status sosio-ekonomi mereka. RuangKreasi ini, berlokasi di Shah Alam, Selangor dibawah pengurusan Superb Innovative Skills Sdn Bhd.

Keistimewaan ruang komuniti ini adalah alat inovasi ciptaan khas kami "D'ATHIRAH MAGIC RULER" adalah produk unik yang direka dan dikilangkan di Malaysia. Alat corak ini membolehkan sesiapa sahaja, dari pemula atau lebih awal untuk mencapai kesesuaian individu yang betul dan memudahkan untuk belajar terutamanya kemahiran membuat pakaian yang akan menjimatkan kos dan tidak memakan masa.

 Selain daripada itu, kami juga menyediakan ruang khas berbentuk Dressmaking co-working space pertama di Malaysia yang memberi peluang kepada mereka yang mempunyai minat tetapi tidak mempunyai peralatan lengkap untuk menjahit. RuangKreasi juga mempunyai beberapa model perniagaan seperti :

  • Latihan Kemahiran
    • Kreativiti Menjahit
    • Keusahawanan
  • Dressmaking Co-working Space
    • Ruang Komuniti
    • Ruang Menjahit Bersama
  • Produk
    • D’Athirah Magic Ruler
      (Pembaris Ajaib Melukis Pola)
    • Jahitan dan Kraftangan
  • Perkhidmatan Jahitan
    • Custom Made
    • Alterations
  • Social Enterprise
    • Pusat Komuniti
  • Konsultasi
    • Bimbingan Keusahawanan Perniagaan
    • Fashion and Design

RuangKreasi, R-2-5, D’Sara Sentral, Jalan Welfare, Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen, U19, 40160 Shah Alam, Selangor.

Lokasi kami mempunyai kemudahan untuk anda akses seperti :

  • Berhampiran dengan pengangkutan awam iaitu MRT Kampung Selamat dan Perhentian Bas D’Sara Sentral Condo
  • Tempat letak kereta dan motorsikal yang banyak
  • Mempunyai jambatan yang menghubungkan MRT ke D’Sara Sentral
  • Mempunyai banyak kedai serbaneka dan beberapa kedai makan

RuangKreasi menerima tempahan jahitan pakaian atau kraftangan kerana kami disini mempunyai tenaga mahir yang dilatih daripada kalangan komuniti B40.

Mereka berpeluang untuk menjana pendapatan di ruang komuniti ini dengan kreativiti menjahti mereka untuk kelangsungan hidup mereka.

Anda juga berpeluang untuk membeli dan mendapatkan peralatan jahitan anda di RuangKreasi seperti benang yang berlainan saiz dan warna, jarum, dan lain lain.

Selain daripada peralatan jahitan, anda juga boleh mendapatkan alatan kraftangan seperti benang crochet (t-shirt yarn dan acrylic yarn), pelbagai jenis kunci beg, hiasan beg, dan pelbagai lagi.

Anda juga boleh membeli dan menyokong produk komuniti disini terutamanya kraftangan.

Dengan adanya RuangKreasi ini, kami berharap akan dapat membantu lebih ramai lagi golongan B40 diluar sana yang tiada peluang untuk belajar kemahiran. Kami akan terus menghulurkan tangan kami untuk kami meneruskan slogan kami iaitu “Memperkasakan Kemahiran Komuniti “

en_USEnglish